Friday 27 October 2017

Disini Bermula

Salam,

Alhamdulilah. Ujian menunjukkan negatif sewaktu darahku diambil tempoh lalu. Tapi aku belum boleh menarik nafas lega sebab aku perlu melepasi window period 3-6 bulan. Aku berharap aku tak dijangkiti dan bebas dari penyakit itu. Tapi jika itulah suratan takdirku, aku redha. 

Kadang-kadang aku terasa aku tak layak untuk memohon doa yang berlebihan. Entahlah. Ada masa aku frust, tak tahu nak explain macam mana. Contohnya seperti, eh layakkah aku nak mohon supaya dikurniakan zuriat? Tak payahlah. Dengan apa yang aku kecapi ini tak cukup lagikah? Macam itulah apa yang aku rasa. Tapi Allah itu Maha Adil. Aku tetap juga berdoa, memohon pada Allah. Hanya pada Allah jugalah tempat aku mengadu dan berserah. 

Aku mohon supaya Allah tunjukkan Abang ke jalan yang benar. Semoga Allah panjangkan umur Abang, diberikan kesihatan yang baik. Dan paling penting, aku sentiasa berdoa supaya aku diberikan kekuatan luar biasa dari segi mental dan fizikal. Sebab aku rasa orang yang paling terkesan, ialah aku. Aku tak pasti macam mana nak meneruskan hidup kalau Abang tak ada.

Aku seorang yang sangat clingy. Nak berkepit je. Tak boleh jauh dengan Abang. Tapi tak bermaksud aku bukan seorang yang independent. Abang ajar aku untuk independent. Aku boleh buat semua seorang diri. Tapi aku perlukan Abang untuk lengkapkan hidup aku. Aku rasa mungkin perasaan ini dihadapi oleh semua isteri yang mempunyai husband PLHIV. 

Abang dah start ambil ubat HAART dekat sebulan. Aku harap CD4 Abang meningkat. Aku rindu waktu kami aktif bersukan, aktif beriadah dan macam-macam lagi. Sekarang Abang kerap tidur awal, lepas itu kena bangun pukul 11 malam nak makan ubat pulak. Kalau tahu mula-mula dulu set makan ubat pukul 8 malam ke kan. InsyaAllah bila jumpa doktor nanti nak tanya pandangan doktor untuk tukar masa makan ubat.

Sepatutnya pasangan kena join sekali masa kaunseling hari itu, disebabkan kekangan masa aku tak dapat join lagi-lagi cuti dah habis sebab Abang masuk hospital tempoh hari. Tapi aku dah mintakkan Abang tanya soalan-soalan yang aku nak tanya. Termasuk soalan boleh tak bagi MC untuk aku sekali bila aku jumpa doktor untuk appointment seterusnya. So, next appointment aku boleh bersama-sama Abang untuk temankan dia.

Alhamdulilah aku tengok Abang sangat positif. Aku tak nampak muka dia down sebab sakit ke, tapi dia macam biasa je. Siap plan macam-macam untuk masa depan. Kalau aku jadi dia, tak tahu nak tempuh hidup macam mana. Sekarang ini pun, ada masa tengah duduk diam-diam mata masuk habuk. Abang pun dah faham. Kalau aku senyap dalam setengah jam tu dia dah muncul depan mata tegur aku. "Nape ni, mata masuk habuk ke?", sambil senyum-senyum.  Macam aku pulak yang sakit. Haha.

Lepas ni apa yang aku harapkan, semoga aku terus tabah menghadapi ujian yang bakal ku tempuh dengan Abang. Aku akan terus berjuang dengan Abang. InsyaAllah

Love,
Zeera

2 comments:

  1. Zeera, awak tidak perlu risau tentang kesihatan suami awak. Rawatan yang ada sekarang sangat2 berkesan. Masalah dengan HIV ialah stigma. Itu sahaja. Stigma yang membunuh dan bukannya virus. Jika dibandingkan suami awak dengan saya, suami awak lebih beruntung. Boleh makan macam2. Saya ni menghidap autoimmune disease. Immune system saya menyerang buah pinggang saya. Terpaksa berpantang segala. Berat badan saya turun daripada 72kg kepada 60kg kerana saya terpaksa hadkan pengambilan protein dan lain makanan yg boleh memberi masalah kepada buah pinggang. Masalah buah pinggang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan membawa kepada stroke dan serangan jantung. Setiap dua bulan perlu buat ujian darah. Autoimmune disease tidak ada penawar.

    ReplyDelete
  2. Saya doakan awak sihat dan terus sihat. Sentiasa percaya sakit itu adalah penghapus dosa. Insyaallah semoga awak terus kuat ya.

    ReplyDelete