Sunday 19 November 2017

Setelah Sebulan Ambil Haart

Salam,

Lama jugak aku tak updated apa-apa post sebab busy sangat. Last week Abang masuk hospital. Hari tu Abang ada appointment dengan doktor. Kami terus bagitahu pasal demam Abang yang tak baik-baik. Doktor musykil kenapa Abang demam. Kali ini doktor tersebut minta pendapat dengan senior dia mengenai Abang. Di sini doktor memberikan beberapa kemungkinan :

1) Ada kuman lain selain Tibi.
2) Ubat Tibi tak berkesan.
3) Kesan pengambilan ubat Haart.
4) Immune Reconstitution Inflammatory Syndrome (IRIS)

Untuk memastikan yang mana satu masalah Abang, Abang terus dimasukkan ke ward untuk buat beberapa ujian. Alhamdulilah, hari kedua kat hospital Abang dah tak demam. Pelik betul, aku mula terfikir betul ke Abang kena gangguan? Seminggu Abang kat hospital, Abang dah beransur sihat. Cuma rashes Abang menjadi-jadi. Kesian dia garu-garu je. Aku tengok dalam wad tu semua pun bergaru-garu. Majoriti kat wad tu sakit sama dengan Abang.

Seminggu jugak aku ulang-alik ke hospital. Seminggu jugak la aku tidur sorang. Sepanjang kahwin rasanya ini paling lama aku berjauhan dengan Abang. Kadang-kadang macam biasa mata masuk habuk bila nak tidur. Aku rasa Abang pun sama. Bila aku sampai hospital lambat je, pastu time nak balik ada je dia lengah-lengahkan. Suruh kibaskan tilamlah, tolong sapukan ubat la, tunggu dia lepas mandilah. Macam-macam. Comel pun ada bila orang lelaki mintak manja kan?

Alhamdulilah, ujian darah dah buat. Tak ada tanda-tanda ada kuman lain yang pelik-pelik. Dah buat ultrasound, ada bengkak sikit kat perut sebab ada kalenjar. Sebab itu masa kat hospital Abang mengadu sakit kat bahagian perut. Aku rasa effect makan terlalu banyak ubat Panadol. Lepas tu ada kuman tibi jugak kat perut. Allah. Tapi doktor bagitahu, insyaAllah kalau makan ubat tibi lama-lama akan pulih.

Sekarang Abang dah keluar hospital. Syukur. Doktor bagitahu Abang dah masuk maintenace phase. Sekarang ini memang kena makan ubat hari-hari tanpa skip. Harap sangat Abang kembali bersemangat macam sebelum ini. Amin.

Sunday 5 November 2017

Berhijrah

Salam,

Rasanya dalam seminggu juga aku tak menulis. Bukan apa, aku agak sibuk menjaga Abang. Abang punya demam masih belum sembuh. Aku semakin risau bila lihat Abang semakin down, semakin murung dan bersendiri. Lebih² lagi Abang ada masalah dengan majikan yang tak memahami kondisi Abang. 

Aku tak pernah lihat Abang dalam keadaan begini. Sangat tertekan dan murung. Ada suatu pagi, sedang bersiap untuk pergi kerja tiba² Abang memeluk aku dari belakang. Dia tak berkata apa² tapi dia hanya menangis. Dia kata dia penat. Dia tak tahan lagi dengan kerja dia.  Dia mintak kebenaran aku untuk berhenti. Aku hanya mampu diam dan menahan air mata. Aku faham dengan keadaan dia sakit, majikan pula bagi tekanan dan selalu ugut dia. Sedih.

Lebih seminggu Abang demam, tiba² dia kata nak balik kampung. Aku menuruti saja kehendak dia asalkan dia happy. Sepanjang perjalanan Abang tidur. Nasib baik aku boleh drive. Sampai di kampung, mertua aku ajak untuk ke darul syifa. Berubat cara Islam. Aku ikut je asalkan ikhtiar. Selebihnya tawakal kepada Allah.

Dipendekkan cerita, ustazah yang mengubati beritahu yang Abang mengalami ganggguan. Sukar untuk aku percaya tapi Abang mengaku dia mengalami simptom² gangguan itu seperti :
1) Selalu mimpi buruk sepeti jatuh bangunan
2) Selalu mendengar org bermain guli + mengalih perabot
3) Rasa murung

Dan apabila dibacakan Ruqyah pada Abang, ustazah memberitahu ada aura yang kuat. Entahlah, sampai sekarang aku cuma berharap bahawa perkara itu tidak benar. Lagi² dia beritahu, benda ni boleh memberi kesan kepada aku juga, dan sebab itu juga aku keguguran 2 kali. Entahlah. Aku tak kisah itu semua, aku hanya nak Abang sembuh.

Setelah kami berbincang dengan mak mertua dan ayah mertua, ustazah juga mencadangkan supaya kami berhijrah. Katanya Nabi Muhammad juga pernah berhijrah. Mungkin semua ini perlukan pengorbanan yang besar dari segi kos dan masa bersama. Abang dah pun buat solat istikharah, dan temui jawapan untuk berhenti kerja. Gerak hati aku juga mengatakan bahawa mungkin ini masa yang sesuai. Lagipun rumah yang kami beli pun dah nak siap. Tak jauh dari kampung Abang. Insyaallah Abang akan stay dengan family dia sementara stabil. 

Aku redha mungkin rezeki kami bukan di KL lagi.

Manakala aku pulak akan terus kerja di KL buat sementara. Sambil tunggu green light dari Abang untuk pindah. Terpaksa PJJ kejap sebab kalau boleh aku taknak duduk rumah mertua. Aku plan bila Abang dapat kerja, kami akan cari rumah sewa sementara menunggu rumah yang kami beli itu sedia diduduki.  Sekarang bila aku fikir balik, perancangan Allah itu tak pernah salah. Macam² yang kami dah lalui, tapi Allah permudahkan sedikit demi sedikit. Insyaallah aku harap sangat Allah permudahkan urusan kami untuk berhijrah.

Buat masa ni korang doakan Abang cepat sembuh okay?

Love,
Zeera