Sunday 21 January 2018

Harapan 2018

Salam semua,
Selamat tahun baru diucapkan.

Baru ada masa nak updated blog. Abang dah seminggu di kampung, so dia boleh stay dengan family dia sementara dapat kerja baru. Alhamdulilah Abang nampak semakin pulih cuma rashes dia tak baik-baik. Doktor cakap memang kena ambil masa sikit untuk pulih. Mungkin CD4 masih rendah. Aku berharap kesihatan dia semakin baik jadi dia dapat bekerja semula seperti biasa.

Nampaknya betul orang cakap kan, jika kita dilanda musibah atau ujian dan kita tempuhi dengan sabar dan tawakal. InsyaAllah dipermudahkan. Mungkin sekarang ni Allah tarik sedikit nikmat, Abang dah tak bekerja hampir sebulan, tapi Alhamdulilah kami langsung tak berasa hidup dalam kesempitan. Makan pakai semua cukup, lebih-lebih lagi kami ada simpanan. Aku bersyukur, kasih sayang Abang juga semakin bertambah. Kasih sayang dari keluarga juga semakin erat. Majikan aku juga sangat memahami. Aku dinaikkan pangkat dan gaji aku juga dinaikkan serta-merta. Alhamdulilah, ya Allah!

Macam mana episod hitam itu hadir dalam hidup kami, begitu juga rasa perit dan sedih itu dipulihkan dengan rasa syukur yang tak terhingga. Sungguh aku takut nikmat yang 'sedikit' ini hilang begitu saja. InsyaAllah kami akan terus menjaga hubungan dengan Allah, tanpa meninggalkan solat. Perbanyakkan ibadah, bersedekah, berbakti pada ibu-bapa. Abang pun dah mula jadi geng surau sekarang. Dia pun dah mula mengaji, dengar ceramah, dan sebagainya. Aku yakin Allah akan pelihara rezeki itu jika kita menjaga tanggungjawab kita dengan Allah. Itulah azam baru kami. Aku hanya mohon supaya Allah kekalkan supaya kami terus beristiqamah.

Bulan ini aku akan buat screening test lagi sekali sebab aku masih dalam window period. Aku cuba untuk bersifat redha dan tenang tak kira apa jua keputusan yang bakal aku terima. Sekiranya positif, mungkin ini takdir yang aku harus terima. Allah. Lindungi aku ya Allah. Dan sekiranya negatif, aku akan terus berjuang untuk Abang. Bantulah kami ya Allah. 

InsyaAllah.


3 comments:


  1. Salam...

    Saya baru terjumpa blog Bella. Darisiti saya terjumpa blog puan. Saya pun masih menunggu keputusan screening test. Doakan saya ye Puan. Saya doakan Puan sentiasa dilindungi Allah SWT.

    Berikut kisah yg saya tinggalkan di blog Bella:

    Saya baru terjumpa blog Bella. Saya baca dari mula sehingga akhir. Rasa sedih dan sebak. Saya selalu merungut mengapa Allah pilih saya melalui semua ujian ini. Tetapi bila baca kisah hidup orang lain, saya rasa sangat sangat malu dengan Allah kerana saya tidak tahu erti syukur.

    Kisah hidup saya seakan akan Bella. Cumanya saya dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan dgn arwah suami yg juga seorang gay.

    Sepanjang 10 tahun perkahwinan sy..saya lalui apa yg Bella lalui. Tidak dihargai, ditipu, isteri hanya pada nama. Saya telan semuanya. Tiada siapa pun yg sy kongsi kisah hidup saya. 

    Saya jauhkan diri dari teman2 sekolah, seuniversiti, kerana tiada apa yg dapat dikongsikan kisah hidup saya yg penuh onak dan duri.

    Ditakdirkan tuhan, suami saya jatuh sakit. Seminggu di icu dan meninggal. Sewaktu di icu, saya dimaklumkan suami mempunyai hiv. Rasa melayang, hilang nyawa saya. 

    Sehingga kini tiada siapa yg tahu suami sy ada hiv, kerana sy ingin menjaga aib suami. Sewaktu urusan jenazah, saya minta hospital uruskan dan tiada siapa dibenarkan melihat setelah suami dikafankan kerana sy amat2 ingin menjaga aib arwah.huhuhu

    Saya diminta oleh doc untuk membuat ujian darah bg menentukan samada sy dijangkiti hiv. Ujian pertama negatif. Ujian kedua doc kata ada wujud tanda2.mungkin dlm window period Huhuhu. Sy diminta buat ujian ketiga. Masih lagi menunggu keputusan awal bulan lapan. Doakan sy sihat. Sy risaukan anak sy jika kesihatan sy terjejas...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Lagi besar dugaan awak nak dibandingkan dengan saya. Saya doakan awak dan anak sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Puan, saya Luthfi consultant Zurich Takaful. Saya ingin berkongsi dengan Puan tentang produk takaful baharu yang boleh di-apply oleh pesakit PLHIV.

    Puan boleh tengok link dibawah ni (Twitter) saya. Saya ingin membantu kawan-kawan PLHIV untuk ada protection Takaful demi masa depan keluarga.

    https://t.co/1Lzp6l7GUl <-- link

    Terima kasih

    Regards,
    Luthfi

    0174228911

    ReplyDelete